Mlm nie dorm kmi smbt brtday umi, walaupun wktu tu x sampai lagi tp kta orng terpaksa smbt mlm nie coz esok smua dah nak balik kampung... Terharu umi mndngar lagu drpd tengku, b2, dan ain...... Lagu yang dgubal oleh tengku dan b2 d waktu hujan turun.... Nasib baik x nyanyikan lagu Saat Lafaz Sakinah.. hehheheh...
Apa itu Persahabatan??????
Dulu waktu sekolah trasa indah skali... Bergelak tawa dngan teman2 dan guru2, alangkah indahnya memori itu. Seakan mahu sahaja mmutarkan waktu yang tlah berlalu... Alangkah indahnya.... sering kali diri ini mnangis pabila teringatkan alam persekolahan ini... Sungguh diri ini mrndukan saat-saat itu.. Inilah erti persahabatan.
Sekarang dah blajar dkt kampus, dunia yang bgtu asing drpd alam prsekolahan...Kna blajar hdup berdikari, buat krja dngan kawan2, blajar cara mnguruskan wang , dngan kata lain dah x boleh nak berbelanja sesuka hati..Tnggal dkt dorm bersama kwan2 yang happy dan sporting. Nasib baik dpt kwan dorm yang baik, hilang jgak rndu kat family skit2. hehhehe...
Sahabat sejati adalah sahabat yang sanggup bersama di waktu suka dan duka. Sahabat yang sntiasa ada di waktu senang dan susah. Sahabat yang mnunjukkan jalan yang betul yang diredoi ALLAH. Pepatah ada mngatakan bahawa sahabat sejati itu bgitu bernilai dan tidak dapat di beli dngan emas permata.
“Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti, diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian” Pantun ini khusus untuk muslim dan muslimat semua yang pandai mnjaga sahabat ye..
Pantun Buat Sahabat
Mengintai kejora dimalam hari
Hanya kelihatan menjelang pagi
Terima kasih sahabat kerana memahami
Segala kelemahan diriku ini
Suara si pungguk mendayu-dayu
Memuja bulan tak pernah jemu
Biar di dunia kuhimpun rindu
Di akhirat sana kupohon bertemu
Anak haruan mati terperangkap
Jangan keli dikatakan sepat
Padamu sahabat daku berharap
Di sudut hatimu namaku terpahat
Yang merah itu dikatakan saga
Yang indah itu dikatakan bahasa
Bagaimana akhirnya persahabatan kita?
Mampukah meruntun hingga ke Syurga?
Meleret senyum manis di bibirmu
Hilanglah duka terpancar rindu
Ku ukir namamu di dasar qalbu
Ukhwah fillah menjadi dambaku
Indah sungguh bunga di t aman
Disusun orang buat jambangan
Ingin kuselam hatimu teman
Begitu sukarnya mencari jawapan
Merenung langit di kala senja
Mengharap fajar akan menjelma
Padamu Tuhan kupanjatkan doa
Persahabatan ini subur selamanya
Alangkah indahnya ciptaan dan ketentuan ALLAH...